🔥 Fett schnell verbrennen. Erfahren Sie wie! 💪

KONGSI ILMU AGAMA ISLAM

Logo des Telegrammkanals kongsi_ilmu_agama_islam - KONGSI ILMU AGAMA ISLAM K
Logo des Telegrammkanals kongsi_ilmu_agama_islam - KONGSI ILMU AGAMA ISLAM
Adresse des Kanals: @kongsi_ilmu_agama_islam
Kategorien: Uncategorized
Sprache: Deutsch
Abonnenten: 2.39K
Beschreibung vom Kanal

LA'ILAHA'ILLALLAH MUHAMMADRASULULLAH

Ratings & Reviews

2.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Die neuesten Nachrichten

2023-05-04 09:23:15 Assalamu'alaikum semua,
​TAZKIRAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA​

Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, "Dalam tahun 80an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan diatas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya. Demikian juga di Syria. Aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya bangsa Arab dengan makanan mereka.

Itu belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya.

Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa diatas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT". Ibrahim al-khuki.

Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya dan kita harus merasa berdosa kepada anak-anak kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki Allah SWT.

​Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan" apakah yang sedang kita lakukan ?​

Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah kita.

​Allah SWT pernah berfirman, "jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih."​

Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai, sengaja meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang. Apa salahnya makan makanan itu sampai habis.Bagaimana corak anda makan?

​Hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang, Allahuakhbar​

405 views06:23
Öffnen / Wie
2023-04-30 09:37:49
Sami'Allahu Liman hamidah.. Pada bacaan sami' disitu adalah huruf ain .. Ramai yg membaca dengan sebutan huruf ya.. Smoga perbetul kan bacaan kita semua.. InsyaAllah...
419 views06:37
Öffnen / Wie
2023-04-29 21:44:31 IMAN...
Apakah Iman ?

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)." Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan.

Iman ialah Sebenar² Percaya dan meyakini...

Didalam Islam terdapat 6 Rukun iman, iaitu Perkara yg wajib kita Percaya Dan yakin akan hal² tersebut,.

Percaya akan hal² Ghaib dan nyata...

Didalam Rukun Iman, kita wajib mengimani ataupun sebenar2 percaya kepada -
1- ALLAH
2- MALAIKAT
3- KITAB AL-QURAN
4- RASUL
5- HARI KIAMAT
6- QADA' DAN QADAR

Didalam 6 perkara Tersebut.. 5 Dari nya ialah perkara Ghaib,atau pun yg kita tidak nampak.. ALLAH, MALAIKAT, RASUL, KIAMAT dan QADA' DAN QADAR...
Rasul pada awal nya ialah perkara yang zahir ,namun kita anggap sebagai Perkara yang ghaib atau pun perkara yang kita tidak nampak kerana baginda telah wafat di zaman yg lalu...

Lalu, jika Kita perhati kan, Terdapat Satu daripada 6 perkara yg wajib kita imani,atau pun Percaya,Masih nyata sehingga kini.. Iaitu Kitab Al quran... dan ianya berada Di tengah2 antara 6 rukun iman yg wajib kita imani...
Ianya nya sebagai Lorong bimbingan untuk Mengimani 5 lagi Rukun iman yg lain yg Ghaib... Segala hal dan perkara yg terdapat dalam AL-QURAN adalah untuk membimbing kita , untuk memboleh kan kita Beriman kepada Rukun² iman yg lain nya...
Jadi,,, Jangan sia2 kan Alquran di rumah², di masjid² dan tempat² lain.. Baca lah,, Pelajari lah Ianya dengan sebaik mungkin bagi mendapat kan kita sebenar² percaya, sempurnakan,Beriman kepada rukun² Iman yg diwajib kan kepada Kita...
Jadikan lh Al-quran sebagai panduan hidup, kerana ia Adalah undang2 yg paling Luhur di Dunia ini...

Jika Zaman Dahulu,, Rasullah Saw masih ada bersama untuk membimbing mereka² yang sezaman dengan Baginda,,, Namun bg kita umat akhir zaman,, Rasullah Saw tinggal kan 2 perkara untuk kita berpegang kepada nya iaitu Alquran dan Sunnahnya...

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ

“Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.” (HR. Malik; Al-Hakim, Al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm. Hadits ini disahihkan oleh Syaikh Salim Al-Hilali di dalam At-Ta’zhim wa Al-Minnah fi Al-Intishar As-Sunnah, hlm. 12-13).

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEREKA YG SEBENAR BENAR BERIMAN. AAMIIN

https://t.me/KONGSI_ILMU_AGAMA_ISLAM
355 views18:44
Öffnen / Wie
2023-04-29 21:44:26
346 views18:44
Öffnen / Wie
2023-04-29 21:06:09 (Senyum) Puasa TAPI Tak MANDI WAJIB - Ustaz Azhar Idrus


361 views18:06
Öffnen / Wie
2023-04-19 20:30:28 Ada seorang pakcik..umur dalam 60an...
.

Lepas solat tarawih, dia keluar masjid..kebetulan DYMM Sultan Berangkat dan solat di masjid tersebut..
.

Nak dijadikan cerita DYMM Sultan terserempak dengan pakcik tua ni..kemudian Sultan menyapa..

“ Eh pakcik..solat dekat sini...rumah area sini ke??”
Titah sultan

“ Iya Tuanku..saya dok area ni ja..” sambung pakcik sambil senyum

“ Lama tak jumpa pakcik..kenapa lama tak datang rumah??..call pun tak dapat..” Titah Sultan..

“ Pakcik lepas pencen, tak ada aktiviti apa pun Tuanku...handphone haritu hilang..tu yang tukar nombor tu..” jawab pakcik menerangkan situasi kepada Tuanku..
.

Dan kemudian mereka pun bersembang di penjuru masjid.. nampak macam lama benar dorang tak bersembang..
.

Masa tu, YAB Menteri Besar, YB Jemaah Menteri, Exco , DO dan semua pegawai tertinggi termasuk pegawai biasa tertanya tanya...siapa pakcik ni.. rapat sangat kot dengan Tuanku Sultan..
.

Selepas beberapa ketika, Baginda Tuanku pun berangkat meninggalkan masjid..
.

Dipendekkan cerita..

Beberapa hari selepas tu...pakcik tadi ada urusan di pejabat tanah..
.

Dia pun ke pejabat Tanah dan jumpa dengan officer incharge..dan kebetulan pula officer in charge tu nampak kejadian pakcik ni bersembang dengan Baginda Tuanku di masjid tempoh hari..
.

“ Ehh pakcik..apa khabar..?? Ada apa yang boleh saya bantu ni..? Pakcik hari tu dekat masjid yang dengan Baginda Tuanku kan ? “ tanya officer tadi nak confirmkan..

“ Alhamdulillah..sihat encik..iyaa.. pakcik la tu..”

Sambung pakcik lagi..

“ Pakcik datang ni nak tukar nama dalam geran la encik..macamana nak buat ek..”

“ kejap pakcik ya..” lalu officer tadi masuk ke dalam dan jumpa dengan pegawai tinggi pejabat tanah
.

Tak lama pegawai tinggi pejabat tanah pun keluar dan sambut pakcik tadi..

“ Assalamualaikum pakcik...laaa kenapa tak bagitau dulu sebelum datang...” Kata pegawai tinggi pejabat tanah
.

“ Eh tak ada apa pun..nak tukar nama dalam geran sahaja tuan..” balas pakcik ringkas..
.

“ laaa...benda kecik ni cik...kami boleh datang rumah..ni nombor telefon saya...kalau ada apa apa hal pasal urusan tanah, call saja...kami datang...pakcik meh masuk bilik saya...biar staff saya uruskan semua..pakcik relax saja..”
.

Balas pegawai tinggi pejabat tanah dengan mesra..
.

Agak agak..kenapa pakcik tu dilayan sangat special ???

Yaa sebab dia dengan DYMM Sultan sangat rapat..

Itu baru rapat dengan Sultan..

Apatah lagi kalau kita rapat dengan Pencipta.. satu alam akan respect dan mudahkan urusan kita.
.

Semoga dengan asbab bulan Ramadhan Al Mubarak, hubungan kita dengan Pencipta semakin erat. Aaameenn.

#Mengharapkan redha Pencipta....

https://t.me/KONGSI_ILMU_AGAMA_ISLAM
760 views17:30
Öffnen / Wie